Monday 28 February 2011

Baiklah, sebelum saya meneruskan perbincangan mengenai sakit belakang, eloklah kiranya saya membincangkan terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh rakan saya iaitu Ahmad Farid Jamal, beliau menelefon saya meminta nasihat dan pandangan mengenai Ankle Sprain (Kecederaan buku lali) yang dialami beliau ketika bermain futsal pada jumaat minggu lepas.

Diantara penyebab berlakunya ankle sprain adalah kerana:

  • Memijak lantai ketika berlari, menaiki atau menuruni tangga dengan cara yang salah
  • Memijak lantai yang tidak rata seperti lantai yang berlubang - lubang
  • Ketika bersukan apabila buku lali dipijak oleh atlet lain seperti pemain bola keranjang yang terpijak buku lali pemain lain selepas membuat lompatan dan menyebabkan kaki pemain tersebut terpusing ke dalam.

    Ankle sprain


    Simptom- simptom ankle sprain

    Kecederaan dan bengkak pada tisu buku lali akan terjadi, bengkak terjadi apabila meningkatnya jumlah darah dibahagian yang tercedera bagi memulihkan kembali bahagian yang tercedera tersebut. Salur darah juga akan menjadi lebih senang untuk 'ditembusi' oleh cecair badan seperti plasma untuk ke tempat yang tercedera dan akhirnya menjadi bengkak. Pesakit juga akan mengalami kesakitan kerana urat saraf dibahagian tersebut akan menjadi lebih sensitif terutamanya apabila disentuh, ketika berjalan dan juga ketika berdiri. Selain itu, tempat yang bengkak juga akan kelihatan kemerah-merahan serta panas apabila disentuh menandakan bengkak sedang berlaku disitu


Rawatan Fisioterapi

Jadi, sejurus selepas kecederaan, pesakit hendaklah menggunakan konsep RICE bagi mengurangkan bengkak dan seterusnya mengurankan sakit dibahagian yang tercedera

R - rest - Pesakit haruslah merehatkan buku lali daripada terlibat dengan aktiviti yang lasak sehingga sakit dan bengkak menjadi reda

I - Ice - Ketika merehatkan buku lali..pesakit boleh menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan bengkak tersebut. Ais boleh diletakkan di bahagian yang sakit selama 15 atau 20 minit

C - compression - ketika atau selepas meletakkan ais , pesakit boleh 'menekan' atau compress di bahagian yang bengkak tersebut dengan menggunakan 'bandage' yang dibalut di bahagian bengkak tersebut

E - elevation - Kemudian, rehatkan bahagian yang bengkak tersebut di atas bantal yang tinggi sedikit dari paras jantung
RICE perlulah dilakukan setiap 2 jam untuk 24 atau 48 jam yang pertama.

Pesakit juga boleh menggunakan tongkat bagi mengurangkan stress dan tekanan kepada buku lali yang tercedera

Mobilization exercise atau dipanggil circulatory exercise, pesakit hanya perlu menggerakkan buku lali ke atas dan kebawah dengan 3 sets , 10 kali ulangan setiap set, dan tahan selama 3 saat bagi setiap pergerakan. Senaman ini penting bagi mengurangkan bengkak serta mempercepatkan lagi proses pemulihan



Jika ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk membalut buku lali yang bengkak..klik link dibawah..
Jadi, itulah sedikit sebanyak maklumat tentang ankle sprain...semoga cepat sembuh kepada Ahmad Farid Jamal

No comments:

Post a Comment