Baiklah, sebelum saya meneruskan perbincangan mengenai sakit belakang, eloklah kiranya saya membincangkan terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh rakan saya iaitu Ahmad Farid Jamal, beliau menelefon saya meminta nasihat dan pandangan mengenai Ankle Sprain (Kecederaan buku lali) yang dialami beliau ketika bermain futsal pada jumaat minggu lepas.
Diantara penyebab berlakunya ankle sprain adalah kerana:
- Memijak lantai ketika berlari, menaiki atau menuruni tangga dengan cara yang salah
- Memijak lantai yang tidak rata seperti lantai yang berlubang - lubang
- Ketika bersukan apabila buku lali dipijak oleh atlet lain seperti pemain bola keranjang yang terpijak buku lali pemain lain selepas membuat lompatan dan menyebabkan kaki pemain tersebut terpusing ke dalam.
Ankle sprain
Simptom- simptom ankle sprain
Kecederaan dan bengkak pada tisu buku lali akan terjadi, bengkak terjadi apabila meningkatnya jumlah darah dibahagian yang tercedera bagi memulihkan kembali bahagian yang tercedera tersebut. Salur darah juga akan menjadi lebih senang untuk 'ditembusi' oleh cecair badan seperti plasma untuk ke tempat yang tercedera dan akhirnya menjadi bengkak. Pesakit juga akan mengalami kesakitan kerana urat saraf dibahagian tersebut akan menjadi lebih sensitif terutamanya apabila disentuh, ketika berjalan dan juga ketika berdiri. Selain itu, tempat yang bengkak juga akan kelihatan kemerah-merahan serta panas apabila disentuh menandakan bengkak sedang berlaku disitu